Sunday, November 13, 2011

Al-Fatihah buat allahyarham papa tersayang..

" wahai Tuhan ku.. kasihanilah mereka berdua sebagai mana mereka berdua mendidik ku sewaktu kecil.." ~ Surah Al-Isra' ayat 24 ~

.. ini adalah kisah yang terjadi pada diri ku setahun dua bulan enam belas hari ( 27.09.2010 ) yang lalu.. kisah yang amat perit untuk aku melupakannya..

*              *                 *                    *                       *                               *                                     *

..tanggal 27.09.2010 , aku telah kehilangan seseorang yang amat-amat bermakna dalam hidup ku selain dari mama ku.. iaitu papa ku :( ..

kisah nya terjadi..
..pada 25.09.2010 , kami sekeluarga menanti-nanti akan kepulangan papa dari operasi di pedalaman Sabah.. rasa nya tak pernah kami ternanti sedemikian rupa.. siap adik ku syg ingin meninggalkan lauk pauk untuk papa jika papa balik nanti. apa lagi abang sulung kusibuk ingin mengambil gambar sekeluarga bila papa balik kelak.. al maklum lah pada masa itu suasana raya masih lagi terasa..

..pada 26.09.2010 , hari ini kami menanti kepulangan papa lagi.. terasa rindu sebak di dada setelah semalam papa mengatakan akan pulang hari ini.. kerana trak polis mengalami masalah.. aduhh tak tertahan nak berjumpa papa.. apa lagi papa bercadang nak memberi duit raya.. serta membawa makan angin di Tawau.. gembira rasa di hati ..

..pada 27.09.2011 , hari ini awal ku bangun.. selalu nya kalau papa ada, papa yang akan membangunkan ku dan menyediakan aku sarapan.. jam 3.40 pagi aku bangun segarkan diri lantas mengulang kaji untuk exam paper geografi , d dapur ku dengar orang sibuk memasak.. lantas aku tersenyum riang.. rupa nya betul lah papa dah balik..patut lah aku semacam nampak papa ada di rumah tadi.. aku bingkas ke dapur dan rupa nya mama yang sedang menyiapkan sarapan.. ' ahh..hanya khayalan ku sahaja..papa belum balik g..' bisik hati ku..

..dalam perjalanan ke sekolah, aku banyak mengalamun.. tiba-tiba dari jauh ku dengar siren polis serta di belakang nya ada van polis.. aku sempat mengusik sahabat ku dengan berkata " kita kena kejar lah.." dan tatkala van polis itu melepasi trak polis yang aku naiki.. aku seperti ternampak papa dengan wajah yang sayu.. hati ku berdebar-debar.. namun aku kuatkan sangkaan bahawa itu bukan papa!

..di kelas, aku di tegur guru Ekonomi ku kerana berkhayal.. huh..perasaan ini tidak lagi dapat khusyuk ku tumpu kan pada exam paper geografi..

..jam 8.45 pagi , aku terkejut akan kedatangan abang ke tiga ku ke kelas. masa itu aku hanya mampu tergamam..ku lihat tangan nya berdarah.. dan bila sahaja pengawas peperiksaan memberitahu yang papa telah tiada.. pandangan ku kelam seketika.. yang dapat ku lakukan hanya lah menangis dan menangis.. pilu sangat-sangat.. tak dapat aku bayangkan yang aku akan jadi anak yatim dalam sekelip mata..

..tiba d rumah, aku menggantikan pakaian sekolah dengan pakaian raya yang ku cadang nak pakai apabila papa balik.. pilu menusuk hati ku.. masih tak dapat ku terima ujian Allah yang berat tuk ku pikul..

..setiba di rumah mayat, aku lantas memeluk mama.. aku menangis semahu-mahu nya..ku lihat sayu wajah mama.. mesti mama juga seperti ku..tidak menyangka yang papa akan pergi.. sedangkan baru dua hari lalu papa menelefon mama.. aduhhh.. papa..huhuhuhu

..proses di rumah mayat mengambil masa yang lama.. abang ku yang ke dua sedang di hantar pengecualian emergency nya dari mengambil exam di UniKl Perak.. mesti semua tak menduga yang papa akan pergi.. ( ajal maut di tangan Allah.. kita nampak hari ni orang tu sihat.. esok lusa dah meninggal.. siapa lah yang tahu ketentuan Ilahi.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. )

..mak cik & pak cik ku datang dari kampung setelah mendapat semboyan akan kewafatan papa di radio Sabah FM ( radio siaran Dusun tentu nya..) . semasa kami di panggil tuk melihat jenazah papa di kamar mayat.. aku betul-betul sedih.. wajah papa ku usap sayu.. terasa papa seperti orang yang sedang tidur sahaja.. ku peluk papa.. ku cium tangan papa.. 'Ya Allah..betapa berat hati ini memandang wajah yang menjaga ku dengan sempurna telah pergi meninggalkan ku tuk selama-lama nya..sakit betul hati ku ini..' aku menangis tak berlagu.. ku papah mama yang hampir pitam.. termasuk kali ni dah tiga kali mama pitam..

..selepas abang sulung ma abang ke tiga ku serta anggota polis yang lain memandikan papa dan mengkafankan papa.. kami di panggil sekali lagi tuk melihat papa sebelum di sembahyangkan.. kali ini hanya wajah papa yang dapat ku lihat.. ku cium dahi papa.. panas! semacam orang yang masih hidup.. ku bisik kan di telinga papa agar mengampunkan segala dosa ku sama ada sengaja atau tidak.. ku nyata kan kasih sayang ku kepada papa.. betapa aku sedih kehilangan papa.. dan kali ini sekali lagi mama pitam.. ku urut-urut tapak kaki mama sambil menangis.. aku tahu sekarang ni sesedih apa pun aku.. aku masih punya mama tapi mama lagi sedih kerana telah kehilangan papa.. tempat mama mencurahkan segala rasa hati nya..

..petang itu, jam 5.30 petang.. 3 jenazah anggota polis yang wafat termasuk papa konvoi pulang ke kampung masing-masing..1 lagi jenazah akan di terbangkan esok pagi pulang ke Kuching,Sarawak.. sebelum pulang ke Tambunan, mama meminta izin tuk menaikkan jenazah papa sekejap di rumah.. kerana hajat papa untuk melihat langsir yang mama buat.. untuk melihat rumah nya buat terakhir kali.. dalam keadaan itu.. banyak orang datang menziarahi.. mungkin ingatkan kami akan mengebumikan papa di sini.. apa lagi banyak kenalan papa dari seluruh Sabah dan Semenanjung datang tuk melihat papa buat terakhir kali.. mungkin itu lah orang cakap.. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.. papa pergi meninggalkan nama di mana orang akan teringat akan keramahan papa kepada anggota nya.. orang akan teringat kesedapan masakan nya.. orang akan teringat akan kebaikannya.. itu lah papa yang amat ku kagumi..


begini lah keadaan trak polis yang allahyaraham papa naiki.. remuk habis berlanggar dengan trak traller..


bersambung..

Saturday, November 12, 2011

kasih seorang ayah..





"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.
"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.
"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.
"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.
Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin mengundang kemarahannya buat si anak.
Bagi Thariq, dia sengaja berkata begitu kepada ayahnya untuk melepaskan kemarahan kerana semalam adalah hari jadinya. Namun, tiada hadiah yang diberikan ayah kepadanya. Bahkan ucapan selamat hari lahirpun tiada. Terkadang terasa bahawa ayahnya tidak langsung menyayanginya.
Setelah sampai di hadapan sekolah, segera Thariq keluar dari pintu kereta tanpa menyalami tangan Arman seperti biasa. Merajuk barangkali. Sekadar menggelengkan kepala, Arman ingin segera beredar.
"Thariq!" Satu suara yang dikenalinya sayup-sayup kedengaran. Faruqi melambai-lambai dari jauh. Tersengih-sengih Faruqi menunjukkan giginya yang sedikit jarang.
"Eh Thariq. Jap lagi aku nak tengok kau punya praktikal Sains minggu lepas. Hehe.. Nak check betul atau tak aku punya ni."
"Sains? Eh, hari ni mana ada subjek Sains." Berkerut-kerut dahi Thariq dengan pertanyaan Faruqi. Hatinya mula berdebar kerana dia amat yakin yang buku itu ditinggalkan di rumah.
"Memanglah Sains takde. Tapi Cikgu Latifah kan suruh hantar buku tu hari ni. Jangan pulak kau kata tak bawak. Habislah kau." Kata Faruqi sekadar mengusik.
"Hah? Serius ke? Alamak! Aku memang tak bawak la. Macam mana ni? Aduh, mesti kena marah lagi." Thariq sudah menarik-narik tali lehernya. Terasa seakan tersesak nafasnya dek terlalu risau.
"Kau pergilah telefon ayah kau suruh pergi ambik jap. Bukannya jauh pun office ayah kau dengan rumah."
"Aku baru je lepas marah ayah. Nak ke ayah pergi ambik buku aku? Takpe lah. Cuba je dulu." Thariq berkira-kira dalam hati.
Terus dia menuju ke telefon awam yang berada di tepi pondok pengawal.
.....
Arman sudah sampai di parking lot pejabatnya. Dilihat jam di tangan sudah 7.50 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
"Ayah! Thariq ni." Kedengaran suara anak kecilnya di talian. "Oh, Thariq. Kenapa nak?"
"Em.." Thariq sedikit teragak-agak.
"Ayah, Thariq tertinggal buku praktikal kat rumah. Kena hantar hari ni. Kalau tak cikgu marah. Ayah tolong hantarkan, boleh tak? Buku tu ada kat atas meja dalam bilik."
"Oh." Arman kembali melihat jam di tangan.
"Ok, jap lagi ayah hantarkan." Arman sudah serba salah.
Pagi ini dia perlu menemani ketuanya untuk bermesyuarat dengan syarikat penaja pengiklanan untuk produk terbaru keluaran syarikatnya yang bermula pukul 8.15 pagi. Tetapi yang pastinya dia tidak mahu anak kesayangannya itu dimarahi guru. Biarlah dia yang berkorban sedikit buat anak tunggalnya itu.
Seperti yang dijangka, Arman dimarahi ketuanya kerana terlambat ke pejabat semula setelah menghantar buku Thariq. Dia tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kerana sudah seringkali anaknya menjadi sebab atas kelewatannya ke tempat kerja. Bagi Arman, kesalahan itu memang terletak di atas bahunya sendiri kerana tidak pandai dalam mengurus masa dan kehidupannya dengan baik.
"Siti, kalaulah awak masih di sisi abang." Tiba-tiba hatinya terasa sayu mengenangkan arwah isterinya.
Isterinya yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelamatkan Thariq yang mandi di laut lima tahun yang lalu. Kejadian yang benar-benar memberikan tamparan hebat buat dirinya.
Arman masih teringat bila mana dia yang ketika itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada mertuanya. Satu panggilan yang benar-benar meluruhkan jantungnya. Kehilangan seorang isteri tersayang.
"Sebab kaulah isteri aku mati!" terbayang di ingatannya saat dia memarahi Thariq kerana tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya. Anak kecil yang baru berusia lima tahun yang masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku hanya meraung-raung di sisi neneknya kerana dimarahi ayah.
Setelah peristiwa itu, setahun Thariq ditinggalkan di bawah penjagaan mertuanya. Arman yang pergi membawa diri. Sehinggalah pada suatu hari dia menerima berita bahawa anaknya demam panas.
Walaupun hatinya masih sakit, namun naluri kebapaannya masih kuat. Di saat dia menatap wajah sugul anaknya yang mirip dengan arwah isterinya, ego lelakinya runtuh. Dipeluknya Thariq sekuat hati.
"Maafkan ayah, nak. Ayah tak patut salahkan Thariq. Bukan salah Thariq." Teresak-esak Arman melutut di sisi anaknya. Menyesali akan perbuatannya, Arman sudah berjanji untuk menjaga Thariq sebaik mungkin dan melunaskan janjinya buat arwah isterinya.
Janji yang dibuat saat Thariq dilahirkan ke dunia. Janji untuk mendidik anak itu sebaik mungkin supaya menjadi buah amal di Akhirat kelak.
Alhamdulillah, Allah S.W.T masih memberikan peluang kepadanya untuk berusaha menjadi seorang ayah kepada Thariq. Walaupun terkadang kerenah anaknya itu benar-benar mencabar kesabarannya, namun Arman seringkali terkenangkan perbuatannya yang meninggalkan Thariq selama setahun dan hanya menjenguknya beberapa kali.
"Mungkin ini adalah ujian yang Allah S.W.T berikan kepada aku atas sebab perbuatan aku dulu. Dan semuanya sebab Allah S.W.T sayang aku. Allah S.W.T nak peringatkan tentang kesilapan aku," kata-kata yang seringkali ditekankan Arman sebagai sebuah peringatan buat dirinya sendiri.
.....
Selesai Pendidikan Jasmani pada waktu pagi, Thariq masuk ke kelas untuk menukar baju. Hanya beberapa orang rakannya berada dalam kelas sedangkan yang lain masih berlegar-legar di kantin untuk mengisi tekak yang kehausan. Apabila dibuka beg sekolahnya, matanya terpandang sebuah bungkusan kecil yang dibalut kemas berada di dalam beg.
Dalam kehairanan, dia membuka bungkusan tersebut. Dia tersenyum riang melihat seutas jam tangan yang diidam-idamnya selama ini berada di dalam kotak itu dan sekeping kad terselit di dalamnya. Thariq membuka kad tersebut.
Buat buah hati ayah yang tersayang,
Selamat hari lahir yang ke-10. Ayah minta maaf sebab terlambat bagi hadiah ni pada Thariq. Ayah memang teringin untuk sambut birthday Thariq semalam tapi ayah dah tertidur.
Thariq,
Ayah betul-betul nak minta maaf sebab tak mampu menjadi ayah yang terbaik buat Thariq. Ayah tak mampu nak masak makanan kegemaran Thariq sedap-sedap, ayah tak mampu nak siapkan baju sekolah untuk Thariq pagi-pagi, ayah tak mampu nak luangkan masa untuk bermain dengan Thariq setiap hari, ayah tak mampu nak tolong Thariq siapkan kerja rumah, ayah tak mampu nak belikan semua barang mainan yang Thariq minta. Banyak perkara yang tak mampu ayah buatkan untuk Thariq.
Mungkin sebab ayah hanyalah seorang ayah. Ayah tak mampu menjadi sesempurna seorang ibu yang mampu memberikan kelembutan kasih sayang yang lebih baik buat Thariq. Tapi ayah harapkan dalam kekurangan ini, ayah mampu membuatkan Thariq bahagia seadanya. Dan ayah nak Thariq tahu yang ayah benar-benar sayangkan Thariq. Setiap masa.
Ikhlas,
Ayah.
Basah pipi si anak kecil. "Ayah, maafkan Thariq." Ada sedikit kekesalan di hati Thariq atas sikapnya pagi tadi. Jauh di sudut hati, dia tidak sabar untuk pulang ke rumah hari ini. Ingin menemui ayah yang tersayang.
.....
Kring!!! Loceng sekolah berbunyi.Tidak seperti biasa, Thariqlah orang pertama yang keluar dari kelasnya menuju ke pintu pagar.
Di bibirnya tersenyum riang apabila terbayang ayahnya menunggu di dalam kereta dan sebuah pelukan erat ingin diberikan buat ayahnya. Bukan atas penghargaan hadiah yang diberikan ayahnya semata-mata, tetapi kerana pada saat ini, Thariq benar-benar ingin ucapkan sebuah kata-kata yang tidak pernah diucapkannya buat ayah selama ini.
Kata-kata yang disimpan dek kerana hatinya yang dipenuhi pelbagai prasangka buruk terhadap kasih sayang ayah kepadanya. Mungkin kerana tamparan kisah silam yang masih tersimpan kemas dalam ingatannya.
Sampai di depan pintu pagar, masih belum nampak kelibat ayahnya. Hatinya tiba-tiba terasa kurang enak. Ditepisnya pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.
Ayah Faruqi sudah sampai dengan wajah yang agak cemas. Dia kelihatan sedang menjelaskan sesuatu kepada Faruqi, perasaan ingin tahu Thariq membuak-buak dalam hati.
"Thariq, kereta ayah kau Myvi hitam, kan?" tanya Faruqi.
Muka Thariq berubah.
"A'ah. Kenapa?" Thariq bertanya dengan perasaan berdebar-debar.
"Em.. ada kereta Myvi hitam accident kat depan simpang sana. Ayah aku nak patah balik pergi tengok. Kau nak ikut?"
Thariq seperti kehilangan nafas seketika. Jantungnya berdegup kencang. Tidak mampu bersuara, dia sekadar mengangguk.
Di simpang tiga itu kelihatan orang ramai sudah berkerumun. Sebuah ambulan sudah berada di tempat kejadian dan kelihatan polis trafik sedang mengawal lalu lintas yang mulai sesak.
Air mata Thariq kelihatan sudah mula menitik. Langkahnya kaku melihat kereta Myvi yang remuk itu.
"Ayah... Ayah!!" Thariq berlari menuju ke arah sebujur tubuh yang sudah ditutupi kain putih.
"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Ayah! Jangan tinggalkan Thariq sorang diri. Mak dah takde. Takkan ayah pun nak tinggalkan Thariq jugak. Ayah!" Thariq meraung sambil tangannya memeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Terasa gelap seketika dunianya.
"Thariq?" terasa bahunya disentuh lembut. Dengan pandangan mata yang kabur disebabkan air mata yang berlinangan, Thariq memandang ke belakang. Yang kelihatan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya memandangnya dengan pandangan kehairanan.
"Ayah!" dipeluk erat tubuh ayahnya. Arman hanya tercengang kurang mengerti. Melihat sekeliling dan matanya terpandang sebuah Myvi hitam yang remuk teruk tersadai di tepi jalan. Barulah dia mengerti apa yang sebenarnya terjadi.
"Ayah! Ayah jangan tinggalkan Thariq ayah. Thariq mintak maaf sebab kasar dengan ayah pagi tadi. Jangan tinggalkan Thariq lagi, ayah," Teresak-esak Thariq memeluk ayahnya. Dalam hati, sejuta kesyukuran bertandang apabila menyedari ayahnya masih di sisi. Arman tersenyum memandang anaknya.
Perasaan gelisah bila melihat anaknya tiada di depan pintu pagar sekolah benar-benar terubat kini. Jika tidak kerana pengawal sekolah yang memberitahunya bahawa Thariq telah pulang bersama Faruqi, mungkin dia telah hilang arah untuk mencari anaknya yang tiada di sekolah.
.....
Jam sudah menunjukkan angka sebelas malam. Arman bersiap-siap untuk tidur. Pakaiannya dan Thariq sudah siap digosok. Bimbang jika esok terlewat bangun lagi. Di fikirannya sedang berkira-kira sarapan apa yang ingin disiapkan buat anaknya.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan.
"Ayah, boleh Thariq tidur dengan ayah?" Ujar Thariq teragak-agak sambil tangannya memegang bantal busuk Doraemonnya.
Arman tersenyum. Hatinya terasa bersyukur dengan perubahan sikap Thariq yang tiba-tiba.
Adakah kejadian hari ini benar-benar terkesan di hati anaknya?
Thariq naik ke katil lantas meletakkan kepalanya di bantal sebelah ayahnya.
"Selamat malam Thariq. Jangan lupa baca doa tidur," Arman tersenyum sambil menutup lampu.
"Selamat malam ayah. Thariq sayang ayah." Arman terkedu dalam kegelapan. Kata-kata yang dinanti-nantikan selama ini. Kata-kata yang benar-benar dirindui untuk didengari oleh Arman.
Setitis air mata mengalir ke pipinya.
"InsyaAllah, esok Tuhan pasti menjanjikan hari yang lebih baik buat kita berdua." Bisik Arman dalam hatinya.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik." (Al-Isra':23)

Nota: Hargailah kedua ibubapa yang masih berada di sisi. Kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal menanti pada esok hari.

terima kasih mama syg..

Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.

senyum lah sahabat :)

***  assalamualaikum wbt.. apa khabar semua..? sihat..? hati kita, iman kita, akal fikiran kita..? :) harap-harap semua nya berada dalam keadaan yang baik dan sihat tentu nya.. :)

saya, hamba Allah swt yang baru nk berjinak-jinak dengan dunia penulisan di laman sosial.. jadi sedikit sebanyak ayat-ayat yang di tulis agak kekok dan macam tak mesra rasa nya..:)  walau bagaimana pun, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi penulis blog yang dapat memberi kan manfaat baik kepada diri saya juga kepada sahabat-sahabat sekalian.. insyaAllah ya sahabat..:)



comel kan gambar kucing di atas..? :) walau saya tak berapa berani nak belai kucing tapi rasa sayang terhadap haiwan kesayangan ramai ini tetap ada.. kata sahabat baik saya ; kucing ada lah teman terbaik di kala senang mahu pun susah.. bila tengok ja, rasa happy terus.. hehe gitu lah pendapat bagi orang yang teramat-amat suka kan kucing..
bila lihat kucing ni senyum rasa nk senyum sama pla..hehe tak pa lah layan ja sekadar nk melatihkan mulut kita ini untuk sentiasa mengukir senyuman..



kata-kata di atas adalah berkait rapat dengan apa yang saya ingin tuliskan.. kita buat apa saja perkara yang akan membuat kita gembira :) mesti ni tym-tym kita stress or ngah duk sorang-sorang tak ada kawan, jadi kita buat lah perkara yang kita suka kn? :)
tapi sebaik nya perkataan di atas ada kesinambungan nya lagi..
tak kan lah kita buat apa ja perkara yang kita suka kan..? mesti ada batas-batas nya juga.
misal nya, seorang hamba Allah ni stress sangat-sangat terhadap pelajaran nya.. di tambah lagi dengan masalah kewangan nya.. masalah keluarga nya.. juga masalah ngan pakwe/makwe nya..
haaa.. banyak masalah sangat-sangat ni..
sampai-sampai hamba Allah ini mengambil jalan mudah untuk hilangkan ke stress an nya tu dengan berpoya-poya..merempit..merokok.. dan sebagai nya..
dah nama nya buat apa sahaja yang akan menggembirakan kita..

bayang kan sahaja tym ngah enjoy tu tetiba pla Allah swt ambil nyawa kita..
nauzubillahminzalik..

kita happy..happy juga.. tapi sentiasa lah beringat.. dan sentiasa lah fikir akan kesan yang akan kita alami jika kita 'terlebih' membuat perkara yang akan menggembira kan kita..
semua nya dari nawaitu kita sendiri..

senyum lah kerana ia satu sedekah :)
ngat ja lagu nasyid Raihan " Senyum.. "
tapi biar lah senyum itu ikhlas dan bukan senyum mengurat..hehee


aduhaii ati ku syg II...


duhaii ati ku syg.. betapa ati ini Engkau uji dengan pelbagai dugaan yang datang melanda.. tatkala hadir nya cinta dari seorang kaum Adam terhadap diri ini.. datang pula kaum Adam yang lain. juga menagih cinta dari ati ku ini..

duhaii ati ku syg.. aku tahu diri ini ingin sangat di cintai dan mencintai .. kerna itu lah fitrah semula jadi yang Engkau ciptakan.. tapi.. aku takut jika fitrah semula jadi yang Engkau anugerahkan itu akan bertukar menjadi fitnah.. fitnah akan perbuatan ku.. fitnah akan percakapan ku.. fitnah akan mata ku.. fitnah akan akal fikiran ku.. dan paling utama fitnah akan hati ku..

Ya Allah.. Ya Tuhan ku..
biar lah dahulu ati ku ini penuh akan cinta kepada Mu.. cinta akan Muhammad.. cinta akan Islam.. cinta akan papa dan mama ku.. cinta akan saudara se Islam ku..
sebelum
aku jatuh cinta pada seorang hamba Allah yang telah Engkau takdirkan kepada diri ku ini..



..biar lah kaum Adam yang telah Engkau takdirkan untuk diri ku kelak menjadi pendamping ku untuk tetap mengingati Mu di kala senang mahu pun susah..
dan menjadi suami ku yang soleh dalam membimbing ku menjalani keluarga yang Engkau rahmati..
agar aku dapat memberi cinta ku kepada kaum Adam yang selayaknya..

~ NO COUPLE UNTIL NIKAH ~


Friday, November 11, 2011

aduhaii ati ku syg..



















 
‎~✿..TAKUT TIDAK ADA JODOH? ✿~

AA : “kak, saya rasa tak ada siapa-siapa pun suk...a saya..malulah nak cakap kat akak, tapi saya takutlah..saya takut tak ada jodoh..”

BB : “kalau kamu jaga diri kamu baik-baik, sama ada mereka hormat ataupun Allah sedang lindung, itu saja..tidak perlu risau..Allah telah sediakan yang TERBAIK untukmu.."
 

 *** JODOH memang tidak akan datang bergolek..cumanya untuk mencari jodoh, pertama..cari yang BAIK dan SOLEH ataupun jadi yang terbaik dan sesolehah mungkin..InsyaAllah, Allah akan KIRIMKAN jodoh terbaik buat diri, apa yang hendak takut dan risau..Allah telah berjanji, “Perempuan yang BAIK untuk lelaki yang BAIK”..oleh itu, jangan takut and jangan sedih kerana kita ada Allah..(✿◠‿◠) .. andai dia JODOH kita, kita kan bersama jua satu hari nnti.. insyaALLAH :)

Ciri-Ciri orang Munafik


 Munāfiq atau Munafik
(kata nama, daripada bahasa Arab: منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

... Terminologi munafik dalam Al Qur'an :-
Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.

"Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan. Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami."
[Al Munafiquun:1-3]

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
[Riwayat Ahmad]

Huraian :-

i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Ciri-ciri orang munafiq :-

1.Dusta
2.Khianat
3.Fujur dalam pertikaian
4.Ingkar janji
5.Malas beribadah
6.Riya'
7.Sedikit berzikir
8.Mempercepat solat
9.Mencela orang-orang yang taat dan soleh
10.Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
11.Bersumpah palsu
12.Enggan berinfak
13.Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
14.Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
15.Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
16.Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
17.Sering meninggalkan solat berjamaah
18.Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
19.Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
20.Takut terhadap kejadian apa saja
21.Beruzur dengan dalih dusta
22.Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
23.Bakhil dalam masalah kebajikan
24.Lupa kepada Allah s.w.t.
25.Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
26.Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
27.Sombong dalam berbicara
28.Tidak memahami masalah-masalah agama
29.Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
30.Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang

 

aku malu..!

*** peristiwa ini terjadi semasa dalam kembara ku di Penang Sentral.. ku lihat hamba-hamba Allah swt berpusu-pusu ingin menaiki bas, termasuk lah diri ku ( apa tak nya.. seat tak ada nombor = = , kompem tak ada seat kalau lambat naik..aduiii ) ..

sebelum tiba giliran ku menaiki bas, aku terlihat seorang kaum Adam melanggar orang ramai yang sedang berpusu-pusu itu.. dalam hati ku terdetik " knapa lah lelaki ini melanggar orang yang di lepasi nya tanpa memandang terlebih dahulu? " iya, itu lah reaksi spontan ku tanpa melihat akan hal sebenarnya..dan tentu kalian pun akan bertindak sedemikian rupa kan? :) dh memang dari azali sikap manusia yang hanya tahu menuding jari tanpa ingin mengetahui akan hal di sebaliknya.. astaghfirullah ul aziimm..

berbalik kepada peristiwa tadi.. dan bila sahaja kaum Adam tersebut melepasi ku, aku terkejut.. rupa-rupa nya kaum Adam itu buta! tongkat putih yang di pegang nya sebagai petunjuk jalan.. dan rupa nya di belakang nya ada lagi seorang kaum Adam yang juga buta memegang bahu nya tanpa tongkat.. lantas ku lihat orang ramai..yang tatkala itu hanya memandang hamba Allah  yang cacat penglihatan nya dengan pendangan yang sukar untuk aku mentafsirkan..

*** betapa aku malu Ya Allah.. orang buta pun akan menolong jua hamba Allah yang senasib dengan nya tapi bagaimana pula dengan orang yang boleh melihat..? tentu terasa berat tangan hendak di hulurkan bagi meringankan beban orang yang tak berkeupayaan..


.. begitu juga bila kita terlihat akan ada insan yang ingin meminta sedekah daripada kita.. tentu kita akan memalingkan muka memandang ke tempat lain atau " ahh..aku tak ada duit! " memaki hamun orang yang ingin meminta sedekah itu ..  itu lah realiti kehidupan..

kembara ku di bumi Allah..

*** sepanjang perjalanan ku di negeri orang.. sedikit sebanyak membuka minda ku untuk kembali ligat menulis.. walhal dahulu hanya di atas sehelai kertas dan sekarang aku majukan diri selangkah ke hadapan untuk mula menulis di laman sosial..:)


bak kata orang ; jauh perjalanan luas pengalaman.. maka sedikit sebanyak perjalanan ku di tempat orang ku memanfaatkan untuk memuhasabahkan diri ku sendiri :) . kerana itu, aku menulis kerana Allah swt .. sekadar peringatan bersama..insyaAllah